carta 6 perkara...

...Berikut adalah carta
6 perkara

yang akan aku lakukan untuk melupakan seketika
ataupun memperoleh
ilham apabila aku dilanda masalah
...




  • Smoking..,
* kalau orang tanya aku kenapa aku smoking..,
serius aku takde jawapan untuk soalan tue...,hahahha....,aku smoking kerana aku rasa aku nak smoking la..,lagipon bila smoking aku akan leka bermain dengan asap dan ia akan membuatkan aku lupa seketika masalah aku dan kalau bernaseb baek..,aku akan memperoleh jalan penyelesaian untuk masalah aku..,yang ini serius aku tak tipu..,ada orang smoking atas alasan untuk mendapat idea untuk kerja-kerja mereka yg kebiasaan memerlukan daya pemikiran yang tinggi sekaligus mengurangkan tekanan...
(yang ini tabiat terburuk aku..,aku cuma jujur...tak perlu ikut)


  • Karaoke Maut..,
* yang ini aku mula belajar masa aku tingkatan 4..,
dengan suara masih tak berapa nak tune,dengan member kelas petang lepas sekolah 1 geng serbu karaoke jamban kat bandar..,
masa tue mana tau karaoke bilik la,1 jam la, v.i.p la seperti yang macam sekarang nie..,dulu asal dapat meraung cam orang gila dah cukup puas dah..,cuma bila dah makin besar nie baru lah belajar benda-benda baru tentang karaoke nie..,baru la tau apa tue dreambox,redbox..,dan yang paling penting dah tau cara nak tune suara kasi mau sama dengan penyanyi asal...

hahahaha...tapi bile nyanyi ke laut gak...=D


  • Kunyah Kuaci..,
* entah la,nie boleh kira satu tabiat aku gak la..,
aku boleh duduk 1 jam tanpa henti mengadap kuaci tue sorang-sorang..,serius baru aku perasan bila aku khusyuk gigit kuaci(dah macam hamster daa),aku langsung tak fikir masalah apa pon dalam kepala otak aku..,
yang aku tau..,
aku pilih biji kuaci yang besar..,
pastu aku kopek untuk dapat isi besar die pastu aku kunyah dengan muka nikmat.....

sumpah masyukkk....!!!


  • Memerhati laut/alam..,
* yang ini antara yang sering/selalu aku buat kerana di antara semua benda yang ini je free..,yang lain semua guna duit..,hakhakhak......
aku taktau kenapa..,kalau aku dah serabut dengan masalah..,
cukup dengan aku pergi ke laut,dengar bunyi ombak,kena tiup dek angin laut,pandang bintang kat langit dan perhati pokok menghijau kat tanjung tempat aku selalu lepak....
serius aku rasa cukup tenang fikiran dan jiwa aku menyaksikan alam ciptaan Allah s.w.t...
dan aku baru mengetahui dengan memerhati setiap ciptaan Allah,kita akan memperoleh pahala...
yang pasti..,layakkah aku menerima ganjaran pahala itu...??
T_T


  • Berkongsi dengan Sahabat..,
* yang ini berada di kedudukan kedua tertinggi
dalam senarai perkara yang wajib dilakukan ketika mengalami tekanan
dari sudut fizikal dan mental aku..,
kalau aku ada masalah dan aku perlukan seseorang untuk memberi pendapat ataupun sekadar luahan..,
serius mereka antara sahabat terbaik yang sentiasa ada untuk aku 24/7 tak kira waktu bilapun aku memerlukan mereka dan aku tak pasti sekiranya mereka tiada dalam hidup aku..,aku pasti aku akan terus hanyut dalam arus hidup yang penuh pancaroba..,
untuk sahabat aku semua..,hanya Allah yang boleh membalas jasa-jasa kalian..,dan aku cuma mampu untuk berdoa untuk kesejahteraan korang semua dan sentiasa ada dikala korang memerlukan aku....
itu janji aku..!!!


  • Beribadah..,
* dan pemenang bagi carta perkara harus dilakukan ketika dilanda masalah ialah dengan kembali kepada Maha Pencipta,Allah s.w.t...
serius..,aku mengaku aku bukan manusia yang soleh..,aku juga cuma manusia biasa yang kadang-kadang sering terlupa untuk menunaikan tanggungjawab aku terhadapNya dan aku masih bersyukur Dia masih memberikan aku peluang untuk terus hidup di muka bumi untuk segera bertaubat...
lumrah manusia yang ketika senang melupakanNya dan hanya kembali padaNya ketika dalam kesulitan..,tetapi syukurlah kerana masih juga mereka mengingati akan Tuhan meraka,Allah yang Esa.....
Ya Allah..,ampunkan dosa hambaMu ini,kedua-dua ibu bapaku,adik beradikku,sahabat-sahabatku,dan muslimin serta muslimat dan seluruh umat islam ya Allah....
aku memohon perlindungan dariMu dalam menghadapi dugaan dan ujian yang telah Kau turunkan untuk hambaMu ini kerana hanya kepadaMu lah tempat aku berlindung...
Amin ya Rabbal Alamin....
















*tiba-tiba datang idea nak buat post nie..,
mungkin sebab nak puasa kowt..,
entah lah..,ucapan selamat berpuasa lain post yaa...

0 sumpahan beracun: