Cuci The Musical 2


Photobucket
...Cuci The Musical 2....


1 ogos lepas aku pergi k.l..
semata-mata untuk tengok teater nie lah..,lagipon dah lama niat aku nak pergi tengok teater kat Istana Budaya,antara tempat kat Malaysia yg cukup aku bangga...
semuanya berpunca dari 1 peraduan yang aku masuk yg tawarkan hadiah tiket v.i.p dan sesi beramah mesra dengan pelakon teater Cuci nie...
tak sangka pulak aku video sahabat baik aku yg aku hantar tue leh menang..,orang cakap tuah ayam nampak kat kaki,tuah manusia Allah je tahu....bersyukurlah juga pasal mulanya memang aku tak letak harapan pon boleh menang...,kawan aku pon tak percaya yg video die dapat hadiah utama....hahaha...
rezeki Allah...=)


so pasal aku dah tengok kan teater nie..,jadi aku nak buat review sket la pasal teater nie....
seriusly kalau ada 5 bintang aku bagi 6 bintang..,
aku sendiri tambah 1 bintang lagi pasal teater nie memang superb... kira siapa yang bayar tiket mahal-mahal tue aku jamin memang diorang akan cakap berbaloi gila keluar duit untuk teater nie.....
naseb baek aku dapat tiket free so lagi la berbaloi giler ditambah pulak ini pertama kali aku pergi menonton teater, makanya ini antara memory paling besh sepanjang aku hidup 21 tahun dan takkan aku lupakan sampai bila-bila....


keseluruhan jalan cerita teater nie memang menarik.., berbeza sikit dengan yang dalam filem tuh.., dengan dibarisi semua pelakon-pelakon hebat cam Awie, Afdlin, Hans, Vanidah, dan Harith ditambah muka baru yang tak kurang hebatnya seperti Nabil dan Jac..,aku tak terasa yang aku duduk dalam panggung tue selama tiga jam,serius aku tak sedar masa berlalu cepat macam tue....
memang tak boleh dinafikan yang masing-masing berjaya bawa watak mereka dengan sangat cemerlang dan kebanyakan skrip mereka spontan yang mana lawak-lawak mereka komfem buat korang semua tak sempat nak tarik nafas pasal tak habis ketawa kena sambung ketawa lagi.., nasib baik tak kojol disitu....hahaha.....

dan yang paling aku kagum dan tak sangka,
Awie yg selama ini aku ketahui sering menjadi watak seorang lelaki macho atau hero membawa watak abang yang agak lembut dan dia berjaya membawakan wataknya dengan sangat cemerlang dan bersahaja yang sering membuat lawak yang macam haram juga..,aku langsung tak pernah terbayang yang Awie mampu melakonkan watak sedemikan rupa..,hahaha.....

Nabil juga baru pertama kali berlakon di pentas teater ini juga cukup cemerlang membawakan watak C'tan menggantikan AC Mizal..,
dimana selama ini aku hanya kenali seorang yang cukup kelakar dan langsung tiada sikap serius..,berjaya melawan arus yang selama ini dia sering bawakan..,serius aku tak pernah tengok Nabil mengamuk dengan nada yang cukup marah...(tapi ada 1 babak tarian tue,aku perasan yang Nabil lupa step tarian tapi dia cukup bijak menutupi kelemahan tersebut) dan yang paling penting Nabil memang dah banyak berubah, kerana dulunya aku tahu Nabil seorang yang sengau bila menyanyi..,tapi untuk teater ini nampak sememangnya dia telah cukup bersedia...

watak-watak yang dibawakan pelakon lain tak perlulah aku rungkaikan kerana semua sedia maklum yang mereka memang dilahirkan dengan bakat semula jadi yang unggul sehingga aku sendiri hanya terdiam khusyuk melihat lakonan,tarian dan nyanyian mereka....


aku nak ucap tahniah juga kat seluruh back up dancers, extra, musicians yang berjaya menyempurnakan taeter ini serta ditambah prop-prop yang memang terbaik,koreografi tarian yang superb, lagu-lagu yang cukup indah, lighting dan efek khas yang cukup gempak, dan teamwork dari seluruh pasukan yang aku lihat cukup baik sehingga langsung aku tak nampak kecacatan pada teater kali ini....
well done dan syabas semua....



milions thanks to Pos Malaysia and Tall Productions...
for the events...

and special honour to :

Datuk Zahim Al-Bakri & Harith as Director...
Acis as Music Director...
Pat Ibrahim as Koreografer Tarian...
Hans Isaac as Penerbit...
Afdlin Shauki...
Awie...
Nabil...
Vanidah Imran...
Jac...

and for those who involved in this theathre...


credit picture to Nazrul Alif...

Photobucket
tiket teater Cuci The Musical 2...


Photobucket
Istana Budaya dari sisi Tasik Titiwangsa...


Photobucket
bunting CTM 2


Photobucket
with Vanidah Imran...
she gorgeous..
really adore her....=)



















*seriously..,
hope akan ada lagi untuk musim hadapan..,
can't wait to see...

0 sumpahan beracun: