Permasalahan Aku Dan Kaedah Mengatasinya..,

serius...,
idea aku sebenarnya berlambak-lambak neh...
tentang hidup aku,cinta aku,keadaan semasa negara....,



semua aku ada idea...
tetapi satu masalah aku..,
aku tak reti nak huraikan sampai jadi panjang berjela-jela macam yang kamu semua buat tue..,
sumpah aku cemburu bila kamu-kamu semua taip entry masing-masing panjang belaka...,
aku reti nak taip panjang panjang tapi takut kamu semua tak dapat apa aku nak sampaikan pasal lebih merepek meraban dari isi...
agaknya kamu semua pasang kepala paip ke kat kepala supaya boleh taip panjang-panjang macam tuh??
ahh,abaikan aku mula meraban...
=,=



sebenarnya aku lebih pakar dalam segi bersuara daripada segi menaip nie,
mungkin kesan psikologi jangka panjang yang aku tanamkan dalam otak aku sejak sekolah yang aku tak suka menulis atau menaip,tetapi aku lebih suka membaca dan bercakap..,
kalau tak percaya aku mahir bercakap, kamu semua boleh tanya keluarga aku,rakan sekelas aku masa di politeknik dulu,dan sahabat-sahabat baik aku..,
sekiranya aku mula membuka mulut,
pastinya ada antara mereka yang menyerah kalah,ada juga yang memuji dan ada juga yang memaki..,terima kasih..,
khidmat nasihat aku jikalau mereka inginkan pun,
aku lebih selesa mendengar suara daripada menaip dalam bentuk S.M.S..,baru ada gaya Dr Fadhilah Kamsah..=)
dan,
apa yang pasti apabila aku mula bersuara,
adakalanya aku berjaya memberi mereka semangat dengan kata-kata aku..,
itu lebih kepuasan bagiku...=)
tetapi adakalanya, tak sangka masih ada mereka yang terluka...



***



bagi menyelesaikan permasalahan aku nie,
aku telahpun cuba memikirkan kaedah untuk mengatasinya..,
dan sambil itu, aku cubalah bertanya kat 'Hawa' aku nak taip apa kat blog aku...,
dia pun cakaplah kalau dia mempunyai idea,dah lama idea tuh menjadi cerita kat blog dia...
haiihhh, awak,awak...

akhirnya dalam aku tengah syok fikir penyelesaian masalah aku nie..,
aku dapat satu idea macam mana nak atasi masalah aku nie..,
dan setelah meminta pendapat 'Hawa' aku..,dia pon kata kenapa tidak??
hahaha...



dan ideanya..,



'agak-agak kalau aku rekod suara aku dalam bentuk video,kemudian aku muatnaik di blog aku, ada orang nak tengok/dengar tak???'

tapi adakah itu masih dipanggil blog??
('',)






















*aku cuba menggunakan sepenuhnya bahasa melayu
dalam catatan kali ini,
harap dapat teruskan di lain catatan...
(^o^)

1 sumpahan beracun:

Sei berkata...

x sabar nk tengok video ko meh..haha