Ramadhan & Syawal...





Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

E:
Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa


A:
Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya di pandang
E:
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi


A:
Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman
E:
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri


Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira






Selamat Tinggal ya Ramadhan..,
insyaAllah jika diberi peluang oleh Allah untuk hidup lagi,
bertemu kita nanti Ramadhan depan...

dan,

Selamat Datang ya Syawal..,
alhamdulillah bertemu kita juga setelah sebulan berpuasa,
meraikan kejayaan menunaikan ibadah Rukun Islam ke 3...



pada keluarga,teman,sahabat baik/lama,kawa-kawan..,
aku disini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri..,
dan ingin memohon ampun dan maaf andai ada terkasar bahasa atau tersilap kata...

(^_^
)





0 sumpahan beracun: