M.E.R.D.E.K.A

Bendera Asal Malaysia,

Bendera Malaysia Kini..,




Meniti lalu jambatan bergegar,
Daun menjalar tumbuh melata,
Musuh ditentang langsung tak gentar,
Demi pertahankan tanah air tercinta..,


Eloknya beras menjadi bubur,
Bubur dijamah rasa enak sekali,
Episod perjuangan sentiasa menyubur,
Bukan hanya diingatan malah juga dihati..,


Runtuhnya tembok diserang penjajah durjana,
Habis hancurnya kota Melaka,
Rosaknya negara kerana pembelot bangsa,
Hanya kerana menurut nafsu dunia..,


Dendam Mahsuri masih berbekas,
Akibat difitnah manusia yang dengki,
Darah dan keringat mengalir deras,
Ayuh bangkit melunaskan janji..,


Engkau beramal tak megharap balasan,
Pahala bertambah bersyukur padaMu,
Ego penjajah harus dilunturkan,
Pabila melihat bangsa kita bersatu..,


Kembara berehat ditepi jurang,
Nasihat pertapa jikalau berhenti,
Kalah berperang adat berjuang,
Namun berundur takkan pernah sekali..,


Ampuhnya benteng warisan berzaman,
Bangganya kini hanya tinggal sejarah,
Ayuh bangun bangsaku bangkit melawan,
Bebaskan akal dan jiwa dari terus dijajah...







catatan sempena Merdeka nie...
rasa agak patriotik sedikit,tak pernah begini...
tidak mengapa,bukan selalu..,
ketahuilah sahabatku,
walaupun jasab kita bebas merdeka,
tetapi jiwa dan akal kita masih terjajah sebenarnya..,
ayuh sahabatku,merdekakan jiwamu...
bangkit menentang penjajah durjana...


Merdeka Sahabatku,
Salam...










**aku sayang bangsa dan negaraku,
tetapi aku lebih sayang agamaku..
=)

2 sumpahan beracun:

Sei berkata...

patriotik sungguh!! aku bangga dengan kamu!! haha

Andy Zulkipli berkata...

HAHA..,
patriotik dalam menyindir...