Allah Selamatkan Kamu...
Allah Selamatkan Kamu...
Allah Selamatkan Junita...
Allah Selamatkan Kamu...
Selamat Ulang Tahun yang ke 53...
Semoga Panjang Umur Dan Dimurahkan Rezeki
Semoga Kehidupan Kamu Sentiasa Diberkati
Serta Apa Yang Dihajati Dimakbulkan Allah s.w.t
Saya mewakili semua anak-anak ibu, Along, Angah, Uda, Na ingin mengucapkan selamat hari lahir dan hanya ini saja yang mampu kami berikan...
Kami juga ingin mengucapkan syukur yang yang tak terhingga kepada Allah s.w.t kerana telah mengurniakan kami seorang ibu yang amat memahami, penyayang, berdedikasi dalam mendidik serta membesarkan kami, terima kasih yang tak terhingga juga ditujukan kepada ibu kami,Junita Bte Ali kerana telah bersusah payah melahirkan kami-kami yang amat nakal,comel,manja,degil ini untuk menceriakan hidup ibu...
Tiada apa yang mampu kami balas untuk pengorbanan serta jasa ibu yang amat ternilai ini melain mendoakan kesejahteraan hidup kamu dunia akhirat, menyayangi kamu sepenuh hati kami dan menjaga kamu sebagaimana kamu menjaga kami semasa kecil...
Semoga Ibu sentiasa ceria dalam menjalani hari-hari kamu...
Kami sentiasa menyayangi kamu,Ibu...
p/s : ibu,achik sayang sangat kat ibu...




0 sumpahan beracun:
Catat Ulasan