Andainya.....

Andainya

Perempuan Tahu Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)

Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi.

Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat.

Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.

Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.

Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita...

Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.

Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!

Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita. Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu"..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

Kebanyakan lelaki yang nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys! Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini...

Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.

Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa... yang lain hanya kawan

Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari... maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja... .Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!

Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti...

Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.

Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya.

Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki!

Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!




~dipetik dari group 1989~

~thanks 2 juju-pengepost asal~



assalamualaikum......

setelah lame xanto post terbaru tibe2 muncul plak....pas2 ciplak idea owg lak 2...bukan 2 maksud saye dan bukan kerana saye xde idea k....cume ingin membuat pembace lebih paham ape yang ingin saya sampaikan.....

ya,
saya ingin olah sket mengenai post di atas dimana ayat2 yang saya bold kan 2 khususnya...yang laen 2 kalo ade pertanyaan la.....yang pertama, benar lelaki kadang2 meminati seorang perempuan 2 bukan atas dasar kecantikannya...tetapi apabila lelaki itu mendengar dan melihat cara seseorang perempuan itu bertutur atau melayan, dia dapat melihat budi bahasa,kesopanan dan kelmbutan yang jelas terpampang dan dari itu lah mulanya timbul rasa tertarik pada perempuan itu...dan kadang2 apabila perempuan mula berbicara mengenai minat dan cara pemikiran nya, kebetulan sama seperti lelaki itu, bermula disitu minat lelaki terhadap perempuan itu makin bercambah......Ingat lelaki yang baik mula menilai perempuan itu dari akhlaknya serta budi bicaranya...kecantikan yang Allah kurniakan itu hanyalah sebagai bonus untuk lelaki yang mengerti.....


ya benar,
rasa kecewa apabila hasrat hati ditolak memang perit serta memedihkan jiwa.....malah kadangkala kita rasa kalau lepas kene reject 2 macam dah xbergune jer.....btol x???komfemnye la.....tetapi rasa 2 hanya seketika je dan lelaki dapat menerima nya sekiranya perempuan 2 menolak dengan penuh adab serta alasan munasabah....malah lelaki 2 akan lebih mengagumi perempuan itu, dan jangan sesekali mengatakan yang lelaki xberguna kita menolak, kerana 2 pantang bagi lelaki, ia sama seperti merendahkan atau menghina lelaki.....tetapi, itu semua bergantung gak bagaimana cara lelaki 2 meluahkan hasrat hati, kalau dah macam kurang ajar siap ugut... 2 terletak la kat perempuan macam mane nak uruskan lelaki macam 2.......


rase2nya la,
zaman skrang nie susah nak jumpe lelaki yang dapat berteerus terang ngan perempuan apabila berkait soal hati.....mesti kalau lelaki nak cakap je ade je halangan die...kadang2 halangan 2 datang dari lelaki 2 sendiri.....contoh tibe2 lidah kelu la,gagap la, hati berdebar2 la sampai perempuan 2 leh perasan gelabahnya lelaki 2.....tetapi disebali 2 semua, apabila lelaki itu berterus terang walau ape keadaan sekali pon, memang niat die ikhlas dan hanya ingin melihat perempuan itu mengerti isi hatinya.... dia juga hanya mahu bersikap jujur dan tak mahu perempuan itu tersalah anggap akan maksudnya.......jadi sekurag2nya, appriciate la sket lelaki macam nie pasal dengan gigil2 ngan gagap2 pon dia tetap cube untuk luahkan isi hatinya, dan jangan sesekali memperlekehkan mereka.....Ingat 2!!!










p/s : sebenarnya, mungkin ade ayat2 yang xbape sedap pasal aku xde idea sangat sebenarnya....(arghh sakit kepala aku nie)..ape2 pon aku mintak maaf dulu k......nanti aku kalau ade idea nak wat topik baru, kite jumpe lagi k....

0 sumpahan beracun: